Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Sunday, November 13, 2011

Apabila Hati Ini Berbicara


Entri ini ditulis lepas tamat sudah seminggu cuti midsem. Esok Isnin, hari yang paling orang tak nak wujud. Biasalah, seminggu rehat tiba tiba masuk pula kerja atau belajar.Aku? Ambil pengalaman Raya haji di Sarawak. Sama seperti biasa, cuma lepas solat raya salunya ada makan dengan keluarga, kali ni menyambung tidur. Sumpah aku rindu masakan di pagi raya mak dan kakak. hehe.

Bulan November, jujurnya bulan paling banyak duit dihabiskan. Makan terutama. Tapi tak mengapa la, untuk diri sendiri kan. Hehe. Dan bulan yang banyak menguji hati dengan tindak tanduk manusia. Sebagai manusia biasa, aku tak lari dari masalah hati. Tapi aku mahu berfikir positif sahaja. Dan bulan ini juga aku telah cipta satu page, Pepatah Cinta. Sengaja dicipta, dan berkongsi dengan warga di facebook. Sehingga kini, hampir 2,130 sudah like. Jiwang juga diorang nie :)

Di sini ada 3 pepatah yang menarik untuk dikongsi, bagi aku, aku suka pepatah ini. Kita bersungguh, ada yang tak hargai, susah juga kan. Kita suka orang tak suka, tetap ada kan. Orang suka dan kita  tak suka pun ada kan. Masalah hati ini, selalu terjadi terutama remaja.





Sangat indah pepatah atas ini. Dan aku mahu kamu tahu, kenapa aku jarang menghubungimu. Sejujurnya aku tidak tahu kenapa aku terpikat denganmu. Tapi, kamu tetap bercerita mengenai orang yang kamu minati. Tidak mengapa, ada hikmah di sebalik itu. Dan aku mengambil keputusan untuk tidak menghubungi kamu, kerna jika terus berkeadaan begini akan ada salah seorang yang terluka. Ada jodoh, kita akan bertemu kembali.

Dan buat kaum wanita, hargailah pengorbanan seorang lelaki. Bukan senang lelaki mahu bersungguh demi seorang wanita. Kerna, akan tiba masanya dia akan lelah dan meninggalkanmu.


p/s : entri cinta tu ditulis berdasarkan pengalaman seorang rakan, yang sekarang berada di New Zealand. Sekadar coretan makna untuk pepatah di atas tu. selamat exam semua!

mode lagu : KitaSatu by Spider & Doaku Untukmu Sayang-Wali :)

0 comments:

Post a Comment