Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Saturday, October 29, 2011

29/10/2011 - Hari ini Sabtu

dah lama aku tak berblog sejak, aku padamkan blog ak, http://scromix.net. cuma kali ini aku akan jadikan blog aku untuk aku menulis diari. Kali terakhir ada diari masa zaman sekolah menengah, form 2.

untuk posting pertama, sejak berada di Sarawak ni, banyak benda aku belajar. Kehidupan, kejayaan sesuatu dan juga tak lari masalah cinta. Dan aku memang suka menulis, sama ada aku marah atau aku mahu meluahkan sesuatu. Bagi aku, penulisan juga dapat mengajar aku memperbaiki lagi gaya tulis aku, kan?


Sekarang aku di fakulti baru, serius jiwa aku bukan pada fakulti sebab dari kecik minat aku memang pada IT. Tak mengapalah, pelan pelan kayuh kan. Dalam masa yang sama aku masih tak berhenti mempelajari perkara baru. Aku lebih suka bersendiri sebab kawan kawan masing-masing ada komitmen. Sebab tu aku cakap, banyak perkara aku belajar di sini.

Ramai duk kata aku jiwang di facebook, hakikat manusia semua berperasaan kan. dan dengan menulis juga aku dapat luahkan sesuatu. Itu memang aku. tapi aku sama macam dulu. tetap sama. ramai duk 'add' , aku jarang approve sebab aku tak nak orang kenal sangat. biarlah kenal di realiti, lebih baik kan.

Kelas aku sekarang penuh dengan budak lingkungan 19-20 tahun. Siap panggil aku abang weh. abang pun x ape la dari panggil nama bukan2. Satu kelas, 200 orang. Teman aku, sapa lagi, wak je yang setia. Dia baik , muka je nampak macam gangster.haha~. Tak sama macam dulu, semua peramah. Ramai pemalu sini, dan aku pun jarang bertegur sangat. Tegur yang mana aku kenal je.

Kalau dah nama laki, tak usha perempuan tak sah kn. Laki, memang macam nie. Sama jugak dengan aku. Wak pun sama, bak kata pepatah, cuci mata lagi ok dari mencuri :) . Aku suka sangat tengok seorang budak kelas aku. Sebab dia baik sangat, serius . 4tahun aku cari perempuan mcm tu, baru aku nampak. Wak pun cakap boleh buat calon bini dan sejuk mata mandang bila aku tunjuk. Tapi biasa la, orang cantik ,bila tengok di FB nya ramai peminat. Tak apa, masih terlalu awal kan.

Tahniah juga buat NHA , sebab dah konvo pra sekolah. even awak belum saya jumpa, tapi comel sebab memakai topi yang sangat besar! dan kawan2 lama aku rindu gila nak mlepak.

Tak lupa juga aku buat si Y. Y ni aku pun tak paham. Dah nak dekat setahun kenal pun still pemalu. Macam macam dah aku buat, tunjuk tapi macam xda respons. Aku dah rasa macam paham jawapannya, tapi kawan dia cakap jangan putus asa. Aku pun tak tahu nak buat ape. Biasa lah, hati orang mana kita nak tahu kan. Bola dah nak dekat, final Piala Malaysia. Nanti coret lagi yer :))

0 comments:

Post a Comment