Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Friday, November 4, 2011

Bukan Senang Mahu Mencari Duit Sendiri

*Artikel ini menggunakan bahasa saya berbanding aku bagi menghormati pembaca yang lebih tua

Ketika artikel ini ditulis, jam sudah menunjukkan pukul 4.26 AM. Saya memang suka amik mood untuk menulis di kala semua orang tengah tidur. Dan saya masih berjaga ketika ini di semua penghuni di kolej sedang nyenyak diulit mimpi. Berdasarkan entri, saya sangat bersyukur sangat kerana rezeki yang diberi oleh Allah kali ini.

1/1/2011, saya telah melakukan proses transaksi untuk telefon Samsung Galaxy W. Dah lama saya idamkan handphone baru sejak Sony Satio saya agak mereng. Syukur, rezeki untuk kali ini.Memang agak kecewa dengan untuk telefon Satio, tak sampai setahun sudah rosak.

Saya dah lama survey handphone, dulu lagi sikit nak beli blackberry, tapi fikirkan balik fungsi dengan harga memang tak berbaloi. Apa guna ada streamyx, ada broadband kan kalo nk langgan lagi pakej BIS. Terpaksa tangguh lagi. Alhamdulillah Samsung keluar Galaxy W, dengan processor 1.4Ghz, harga yang sangat munasabah. Berbekalkan apa yang saya survey, saya dapati di Abg Kus Enterprise jauh lebih murah harganya berbanding kedai kedai lain. Power! 2/11 sudah berada di Sarawak. Sangat recommended penjual seperti dia.



Sejak saya tiba di Sarawak (8/9/2011), saya telah mencabar diri saya untuk memiliki sekurang kurang RM2000 sebulan untuk menampung kehidupan pada hari ini dan masa akan datang. Alhamdulillah, rezeki masih ada, berkat usaha dan pertolongan dari Allah juga. Prinsip saya senang, jika mahu membeli barang RM50, saya akan pastikan duit saya ada RM100 terlebih dahulu. Memang sudah lama saya amalkan prinsip ini. Bukan apa, kadang2 berlaku perkara tak diingini kan?

Ketika orang lain tidur, saya berjaga. Bagi saya, biar susah dahulu kita akan bersenang kemudian. Hampir setiap hari saya tidur selepas Subuh (sini subuh awal). Kelas pukul 8 pagi pun, lepas subuh tidur. Kepala jangan cakap la, pening saja manjang. hahaha. Insomnia teruk jugak, dah melanda sejak 4 tahun melekat sampai sekarang. Sekurang kurang tak ada buat benda tak berfaedah kn? :)

Dan saya selalu mencabar untuk memiliki barang dengan sendiri di kala sedang belajar ini. Dari sekolah rendah, nak beli kereta kontrol sanggup tu simpan duit. Barang pertama yang berharga RM60. Tapi hasilnya lebih berpuas hati kerana kita lebih hargai barang yang dibeli duit sendiri.

Saya juga seorang yang sangat menitik beratkan duit, bukan kedekut yer. Alhamdulillah, wang simpanan sudah mencecah 5 angka (dan boleh kahwin ni  :P) di kala PTPTN masih belum selesai. Tapi saya pasti kalah dengan makanan, memang teruja habis bila ada makanan yang lazat lagi berkrim ni.

Janji saya, PTPTN akan saya bayar sekaligus atau 2x sahaja. Saya mencabar diri saya sendiri untuk membayar RM48 000 yang diberikan. Bukan mudah tetapi saya akan berusaha dengan gigihnya. Niat di hati memang ingin miliki DSLR, namun saya bersabar kerana orang yang bersabar akan dapat lebih apa yang diimpikan. kan? Insya Allah akan keluar DSLR dari canon pada semester2 akan datang.

Bukan mudah untuk menyimpan wang di kala belajar. Broadband, makanan sehari saja kadang2 boleh cecah RM15. Saya memang akan kalah dengan makanan, tak tahu kenapa. Haha. Belum masuk duit topup, duit lain lagi. Saya akan cuba kekalkan apa yang saya ada. Duit simpanan makin lama makin berkurang, sebab duit untuk perbelanjaan sahaja sudah melangkaui apa yang saya rancang.

Mak pernah berpesan, kalau ada orang perempuan sanggup makan di gerai kecil, orang tu layak dibuat bini. Dan selepas itu, hiburkannya di restoran mewah sebagai tanda kesetiaannya ketika susah. Insya Allah mak,  pesanan mak saya tidak lupa. Dan saya tidak akan sesekali bazirkan wang kepada perempuan ketika perhubungan. Padan muka korang kalo nak gedik2 hadiah mahal2 :P. hahaha~~

Dan ayah pernah berkata, kalau ayah pun mampu besarkan kamu, kenapa kamu tidak boleh berjaya? Kami yang susah pun boleh, kenapa kamu yang memang lahir senang tak boleh. Terima kasih mak ayah, anda inspirasi saya untuk berjaya. Saya sayang anda.

*Baru2 ni berlaku kontroversi seorang budak Universiti saya, saya harap entri entri saya tidak mencetuskan sesiapa. Jumpa lagi :)

0 comments:

Post a Comment